My Add

Tuesday, 3 January 2012

Sampai hati Saifuddin Nasution kata UMNO parti usang

Anggap Utusan Malaysia, Berrita Harian, media pembohong?

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Januari, 2011: Sampai hati Setiausaha Agung Parti Keadialan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail kata UMNO parti usang. 

Dia anggap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO.

Saifuddin juga macam marah kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dianggapnya cepat memetik dan membesarkan kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.

Kalau tak silap, Saifuddin pernah berkhidmat dengan Kumpulan Utusan Melayu?

Dituduhnya pula konon, Raja Petra Kamaruddin, sebagai ‘blogger upahan UMNO'.

Sambil itu Saifuddin mendakwa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim, adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional untuk menghumban Anwar ke dalam penjara.

Menurut firasat Ahli Parlimen Machang itu, perkiraan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya, kepada keseluruhan UMNO dan Barisan Nasional.

Kata Saifuddin, terdesaknya UMNO apabila belum apa-apa lagi, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara 

Lupakah Sifuddin petaka yang timbul semasa perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur pada 9 Julai tahun lalu?

Ia seharusnya menjadi pengajaran dan tidak diulangi lagi pada 9 Januari ini.

Sebab itu, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta rakyat menggunakan kewarasan akal mereka tidak membabitkan diri dalam perhimpunan itu nanti.  

Terbukti, seperti himpunan Bersih dulu, perhimpunan haram itu bakal menimbulkan suasana tidak selesa kepada orang ramai, merugikan peniagaan, merosakkan harta benda awam dan mewujudkan risiko kecederaan kepada masyarakat sekitar.

Sanggupkah pembangkang memperjudikan keselamatan negara dan rakyat, termasuk penyokongnya sendiri dengan mengadakan perhimpunan seperti itu?

Orang ramai tidak sepatutnya terjebak dan memperjudikan masa depan dengan
menyertai perhimpunan tersebut.

Kita sudah muak dan meluat dengan kerenah,  alasan dan helah bersabit kes liwat yang berlarutan sekian lama itu. 

No comments:

Post a Comment