My Add

Monday 23 January 2012

BN telah kota janji bantu kurangkan beban rakyat

HUTAN MELINTANG, ISNIN, 23 Januari, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji sejak memerintah negara selepas merdeka membantu rakyat dalam mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka yang semakin meningkat.

Selain itu, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan seperti BR1M bertujuan memberi peluang kepada keluarga golongan miskin memajukan diri sendiri.

Beliau menyangkal anggapan yang mengatakan kerajaan BN bersungguh-sungguh membantu rakyat ketika hampir pilihan raya termasuk melaksanakan skim BR1M dengan tujuan untuk memancing undi.

"Sebaliknya ia merupakan usaha berterusan kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah sebelum dan selepas pilihanraya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar BR1M berjumlah RM500,000 kepada 1,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, di Wisma UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini.

"Rakyat wajar berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan idea bantuan tersebut semata-mata kerana sikap prihatin beliau terhadap rakyat miskin terutama di kawasan luar Bandar,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment