My Add

Sunday 22 January 2012

BR1M: Bukti kerajaan bela nasib golongan pendapatan rendah

SEBAHAIAN daripada penerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gembira selepas menerima habuan RM500 pada majlis penyampaian bantuan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, semalam.

BANGI, AHAD, 22 Januari, 2012: Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Mohd. Fathil Daud berkata, sesuai dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, program BR1M itu satu lagi bukti keprihatinan kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat.

"Semua ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu serius menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

"Justeru, rakyat perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau sentiasa merasa denyut nadi rakyat serta sentiasa mengotakan janji," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan RM500 kepada seramai 1,289 orang penerima BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi di sini semalam.

Sementara itu, penerima BR1M, Sulaiman Abdul Latip, 56, melahirkan rasa syukur dengan bantuan itu kerana RM500 bukan jumlah kecil lebih-lebih lagi ketika harga barang keperluan harian semakin meningkat.

"Mungkin kepada orang bergaji besar merasakan jumlah bantuan ini sedikit, tetapi pada orang yang berpendapatan rendah, macam saya, jumlah itu amat besar," katanya. - MM


No comments:

Post a Comment