My Add

Friday 27 January 2012

Felda rancang strategi jana pendapatan RM1.5b setahun

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Felda telah mengariskan strategi untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun setelah anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Sambil menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila FGVH diapungkan, Ahmad menegaskan bahawa ia tidak akan berlaku sebaliknya Felda akan tetap meraih pendapatan melalui pelaksanaan strategi yang dirangka.

"Sebelum penyenaraian, kita telah teliti strategi mekanisme untuk pastikan Felda akan dapat pendapatan,” katanya dalam sidang media sebelum menghadiri program Wacana Minda Angkatan Prihatin Terengganu, di sini semalam.

Menurut beliau, antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.

"Selain itu Felda akan mendapat keuntungan cukup besar dari segi hasil pengapungan (di Bursa Malaysia), faedah itu jika dilaburkan setiap tahun akan mendapat hasil hampir setengah bilion ringgit kepada Felda,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment