My Add

Friday 27 January 2012

Majoriti mahu pindaan AUKU dilakukan

SHAH ALAM, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Majoriti pihak yang berkepentingan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 memberi maklum balas mahukan akta itu dipinda, kata Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

"Saya boleh katakan, majoriti maklum balas yang kita terima sama ada daripada bentuk survei atau pendapat umum mengatakan jangan mansuh tetapi pinda.

“Nisbahnya ialah 60:40 (60 mahu pinda, 40 tidak mahu),” katanya kepada pemberita pada majlis wacana Masih Relevankah AUKU di sini semalam.

Beliau yang juga Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, maklum balas yang turut diterima daripada golongan mahasiswa, kakitangan akademik, parti politik kerajaan dan pembangkang berpendapat mahasiswa perlu bebas daripada fahaman dan pengaruh parti-parti politik di kampus.

Bahkan kata Nik Ahmad Kamal, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti-universiti yang lazimnya condong kepada parti-parti tertentu memberi maklum balas bahawa jika seseorang mahasiswa memegang jawatan di dalam parti politik di luar kampus, beliau harus berkecuali di kampus dan tidak menggunakan kedudukan politiknya untuk mempengaruhi pelajar di kampus. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment