My Add

Wednesday 18 January 2012

Firma perunding perakaunan projek PFN akan dilantik

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Januari, 2012: Kerajaan berhasrat untuk melantik sebuah firma perunding perakaunan untuk menjalankan satu penelitian wajar dan audit projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi melindungi kepentingan kerajaan, firma perunding itu akan membuat penelitian dan audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan projek tersebut.

"Tugasan ini dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) iaitu satu syarikat usahasama di antara Agroscience Industries Sdn. Bhd. dengan kerajaan telah diberi mandat sebagai integrator projek PFN.

Berikutan daripada itu, kerajaan memberi pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut dan setakat ini sejumlah RM181 juta telah dikeluarkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment