My Add

Saturday 14 January 2012

FMM terbit laporan kajian gaji

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Januari, 2012: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menerbitkan laporan perbandingan gaji semasa, faedah dan ganjaran yang lain bagi pekerja dalam sektor pembuatan dan yang berkaitan.

Dalam satu kenyataan hari ini, FMM berkata, laporan itu yang juga meliputi trend industri dalam skala gaji, kenaikan dan bonus, adalah untuk 2010-2011.

"Penerbitan ini juga menganggarkan keperluan tenaga kerja dan kemahiran untuk tahun 2012 dan termasuk bahagian mengenai pekerja asing, gaji minimum dan latihan perindustrian,” katanya.

FMM berkata, laporan 400 muka surat itu berdasarkan kaji selidik yang melibatkan 194 firma dari 17 industri subsektor dan yang mengambil 78,690 pekerja di peringkat eksekutif dan bukan eksekutif.

Ia berkata, laporan itu akan membantu firma-firma untuk menanda aras pakej gaji dan faedah berbanding yang lain dalam industri yang sama, lokasi yang serupa dan saiz yang setara.

Untuk membeli laporan berkenaan, orang ramai boleh menghubungi FMM di talian 03: 6286 7200 atau e-mel: business—environment@fmm.org.my. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment