My Add

Thursday 5 January 2012

Gempa bumi 5.1 magnitud gegar Gorontalo, Indonesia

JAKARTA, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda Gorontalo, Indonesia awal pagi tadi, lapor Agensi Geofizik dan Meteorologi tempatan.

Gempa berlaku pada jam 8.19 pagi (7.19 pagi waktu Malaysia) berpusat pada 94 kilometer di barat daya Gorontalo dengan kedalaman 43 kilometer.

Tiada amaran tsunami atau kecederaan dilaporkan.

Sementara itu BERNAMA melaporkan di KUALA LUMPUR, gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Laut Banda pada pukul 11.35 malam tadi, menurut Jabatan Meteorologi.

Pusat gempa itu adalah 447km tenggara Ambon, Indonesia dan 1771km tenggara Tawau, Sabah.

Bagaimanapun tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. 

No comments:

Post a Comment