My Add

Thursday 5 January 2012

Najib, PM Singapura bertemu di Putrajaya


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjabat tangan dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong (kiri) sempena Sesi Permukiman antara kedua-dua negara di depan Masjid Putra, Putrajaya di sini, hari ini. - Foto REUTERS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan perjumpaan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena sesi permukiman Malaysia-Singapura di pejabatnya di sini, pagi ini. 

Ketibaan Lee pada 10.20 pagi disambut Perdana Menteri di Aras Satu, sebelum kedua-dua pemimpin naik ke Aras Lima untuk meneruskan agenda pertemuan.
Ia disusuli dengan mesyuarat peringkat delegasi Malaysia dan Singapura di Aras Tiga Pejabat Perdana Menteri.

Sesi pemukiman hari ini membolehkan kedua-dua pemimpin meneliti perkembangan kerjasama dua hala sedia ada, serta menerokai inisiatif-inisiatif baru dalam bidang yang berpotensi untuk memperkukuh lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Singapura. 

Sesi pemukiman yang pertama diadakan pada Mei 2007 di Langkawi diikuti dengan sesi kedua di Singapura pada Mei 2010. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment