My Add

Wednesday 4 January 2012

GPMS kecam parti politik peralat mahasiswa

KUALA LUMPUR, RABU, 04 Januari: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini mengecam parti politik yang cuba menggunakan golongan mahasiswa bagi mencetuskan huru hara dalam negara.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, golongan itu juga perlu sedar bahawa terdapat parti politik yang mempergunakan mahasiswa dalam menyampaikan agenda tersembunyi mereka.

"Mahasiswa merupakan bakal pemimpin yang turut akan memimpin anak bangsa, mereka perlu sentiasa berfikiran matang dan lebih bijak menangani sebarang isu yang mampu menjadikan mereka terjebak dalam hal-hal yang boleh menjahanamkan masa depan mereka, contohnya politik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyuarakan pendapat dan sebarang ketidakpuasan hati terhadap sebarang isu atau kritikan.

"Tetapi ianya perlu dibuat dalam kaedah yang betul dan bukan dengan cara berhimpun dan menganggu ketenteraman awam,” katanya. 

No comments:

Post a Comment