My Add

Wednesday 4 January 2012

Najib terima kunjungan Hsien Loong esok

PUTRAJAYA, RABU, 04 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Razak Razak akan menerima lawatan kerja Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sempena Sesi Permukiman Malaysia-Singapura di sini esok. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini hari ini, kedua-dua pemimpin itu dijangka meneliti perkembangan kerjasama dua hala sedia ada dan menerokai inisiatif baru dalam bidang yang berpotensi untuk memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Singapura.

Satu kenyataan bersama akan dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin di akhir sesi permukiman itu.

Sesi permukiman pertama berlangsung pada Mei 2007 di Langkawi, diikuti dengan sesi kedua di Singapura pada Mei 2010. 

Pada 27 Jun lalu di Putrajaya, Malaysia dan Singapura menandatangani Perjanjian Pelaksanaan "Points of Agreement" (POA) 1990 ke atas tanah-tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura. 

Menurut kenyataan itu, perkembangan signifikan dalam pelaksanaan perjanjian itu berjaya dicapai, termasuk aspek kerjasama di Iskandar Malaysia yang mencerminkan komitmen jitu kepimpinan kedua-dua negara bagi memantapkan hubungan dua hala ke peringkat lebih tinggi. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment