My Add

Wednesday 4 January 2012

Guru, pelajar terbabit perhimpunan 901 akan kena tindakan

SEREMBAN, RABU, 04 Januari, 2012: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada Isnin ini.

Sambil mengingatkan pelajar dan pendidik supaya jangan terlibat dengan perhimpunan itu, beliau berkata, Kementerian Pelajaran akan bertindak terhadap mereka.

"Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini memandangkan pihak polis sudah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan permit kepada perhimpunan itu.

“Oleh itu, saya nasihatkan semua pelajar dan juga guru, jangan sekali-kali terlibat,” katanya.

Beliau merujuk kepada perhimpunan haram itu yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusannya mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.

Mohd. Puad berkata, penganjur perhimpunan itu sepatutnya akur dengan apa saja keputusan mahkamah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment