My Add

Wednesday 4 January 2012

5 juta pil syabu bernilai RM630 juta dirampas

SEPANG, RABU, 04 Januari, 2012: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas 5 juta pil jenis syabu yang bernilai RM630 juta jika diproses semula, Sabtu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan tersebut dilakukan di susur keluar tol Bukit Tagar, Lebuhraya PLUS menghala ke Utara dari Klang, kira-kira pukul 8.30 malam.

"Pil tersebut seberat 903.2 kilogram boleh menghasilkan lebih 80 juta pil sekiranya diproses semula berjaya dirampas dalam satu operasi yang dilakukan oleh JKDM dan PDRM.

"Dua lelaki masing-masing warganegara Singapura dan Taiwan serta dua lelaki tempatan yang berusia 40 hingga 50 tahun turut ditahan dalam operasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, JKDM dan PDRM bertindak mengekori sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton di tol Bukit Raja berhampiran Bandar Klang yang dipercayai membawa barangan larangan.

Keempat-empat lelaki yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda tersebut kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment