My Add

Sunday 8 January 2012

Hasan Ali terkejut dipecat daripada Pas

SHAH ALAM, AHAD, 08 Januari, 2012. — Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa Pas pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata, beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

"Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily, hari ini berkata keputusan memecat Hasan dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment