My Add

Tuesday 3 January 2012

Individu kecam saya enggan terima kenyataan: Raja Petra


 
KUALA LUMPUR, selasa, 03 Januari, 2011: Pengarang portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin sudah menjangka menerima pelbagai kecaman sebaik saja temu bual eksklusifnya di Singapura disiarkan beberapa akhbar arus perdana, kelmarin. 

Beliau menyatakan kemungkinan itu kepada isterinya, terutama daripada pihak yang enggan menerima kebenaran sebaik saja temubual berkenaan disiarkan.

“Tidak ramai yang dapat menerima kebenaran. Mereka ingin saya mengatakan apa yang menyenangkan hati mereka seperti saya akan katakan bahawa raja memakai pakaian walaupun dia nyata bertelanjang,” katanya dalam entri terbaru No Holds Barred, kelmarin.

Kelmarin, beliau dalam beberapa akhbar arus perdana berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan tuduhan liwat, tidak lagi relevan dan kerjaya politiknya akan berkubur jika pembangkang gagal menakluk Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Raja Petra dalam blog itu juga berkata, beliau tidak menganggap kecaman itu sebagai penting, sebaliknya lebih mementingkan kategori golongan yang memberi komen. 

“Sudah tentu ada yang mengatakan saya sudah dibeli, dijual dan bertukar kepada pengkhianat. Saya sudah membaca komen anda di dalam Malaysia Today, Free Malaysia Today, Malaysiakini, The Malaysian Insider dan yang lain-lain. 

“Saya sudah menerima mesej peribadi dan e-mel tetapi perkara yang lebih penting ialah apakah kategori anda,” katanya. 
Dalam blog berkenaan, beliau turut menghargai komen daripada kategori yang mewakili kurang empat juta pengundi yang memilih pembangkang pada PRU 2008. 

Selain itu, komen daripada kira-kira sejuta pengundi di luar negara tetapi kembali ke tanah air untuk mengundi pembangkang pada PRU 2008 serta kira-kira 20 penunjuk perasaan di Tanjung Malim dan 100 penyokong pembangkang V for Vendetta di Dataran Merdeka, malam Ahad lalu. 

“Saya juga menghargai komen di laman web dan blog yang menggunakan nama sebenar serta mereka yang tertanya siapa yang mengendalikan Selangor sama ada EXCO kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali; Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim atau Anwar selepas operasi di pusat hiburan sebelum malam Tahun Baru 2012,” katanya. - BH 

No comments:

Post a Comment