My Add

Thursday 5 January 2012

Jangan pengaruhi mahkamah dengan ugutan: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan pakatan pembangkang yang bercadang mengadakan perhimpunan haram Isnin depan, berhubung keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghormati undang-undang negara ini. 

Bekas Perdana Menteri berkata, mereka tidak seharusnya cuba mempengaruhi mahkamah dengan cara ugutan terhadap keputusan yang akan dibuat.
"Keputusan belum dibuat tetapi mereka sudah cuba mengugut supaya mahkamah takut untuk mengeluarkan tuduhan. Ini sesuatu yang tidak kena.

"Kalau berpegang kepada sistem demokrasi, kita seharusnya menghormati undang-undang yang ditetapkan di negara ini," katanya selepas menyampaikan ucaptama Forum ke-3 Pegawai Bersara Angkatan Tentera di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, beliau juga menasihatkan supaya ibu bapa yang ingin menyertai perhimpunan haram berkenaan tidak membabitkan anak mereka. 

"Mereka masih belum boleh berfikir dengan matang dan sekiranya kanak-kanak ini diajar untuk mengugut, ia akan melahirkan generasi yang tidak hormat kepada undang-undang,"katanya.

No comments:

Post a Comment