My Add

Thursday 5 January 2012

MUBARAK minta rakyat tidak sertai perhimpunan 901

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) menggesa rakyat yang cintakan keamanan supaya tidak membabitkan diri dengan perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu negara pada Isnin ini. 

Ketua Penerangan MUBARAK, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, berkata tiada jaminan perhimpunan itu akan berjalan dengan aman kerana ia membabitkan orang yang ramai, dan dalam keadaan penuh emosi dan keadaan tidak terkawal, apa sahaja boleh berlaku.

"Tiada siapa yang boleh jamin, ia hanya memerlukan seorang dua untuk mencetuskan huru hara. Kita harus tahu pasukan keselamatan dan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu adalah manusia biasa yang emosi dan kemarahan tidak boleh dikawal dalam keadaan kelam kabut," katanya di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, perhimpunan itu tidak akan membawa apa-apa faedah kepada negara, sebaliknya golongan yang terbabit adalah mereka yang tidak menghormati kedaulatan undang-undang. 

"Sekiranya sikap begini berterusan ia akan mewujudkan anarki dan dengan demikian akan menjadikan seluruh sistem kenegaraan lumpuh," katanya. 

Beliau berkata, terdapat banyak tanda bahawa perhimpunan itu bertujuan mencetuskan huru-hara untuk memenuhi agenda politik individu tertentu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment