My Add

Thursday 5 January 2012

Jawatan Guru Penolong Kanan Pengajian Islam diperluas

KANGAR, KHAMIS, 0 5 Januari, 2012: Jawatan guru penolong kanan pendidikan Islam yang kini hanya wujud di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) mungkin diperluaskan ke sekolah harian tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran kini masih mengkaji keperluan itu dan jika didapati sesuai, ia akan dilaksanakan di sekolah harian yang mempunyai kelas aliran agama (KAA).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) seluruh Perlis di sini hari ini, katanya kajian itu membuktikan kesungguhan kerajaan memartabatkan pendidikan Islam di sekolah harian.

Mohd. Puad. juga berharap lebih banyak SAR dan Sekolah Agama Negeri (SAN) mendaftar sebagai SABK untuk membolehkan mereka menerima bantuan yang lebih sempurna daripada kerajaan.

Tambah beliau, pada masa ini, sebanyak 169 daripada 247 SAR telah mendaftar sebagai SABK manakala bagi SAN hanya 77 daripada 472 sekolah yang mendaftar.

Beliau mernjelaskan, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada SABK untuk kerja-kerja menaik taraf pembaikan dan jumlah itu tidak termasuk bayaran gaji kakitangannya.

Menurutnya jika SAR dan SAN mendaftar sebagai SABK, sudah pasti sekolah-sekolah itu akan menikmati kemudahan peruntukan itu.

Beliau percaya SAR dan SAN bimbang untuk mendaftar sebagai SABK dengan alasan kurikulum di sekolah mereka akan dikawal kerajaan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment