My Add

Thursday 5 January 2012

Penempatan baru mangsa banjir di Kampung Batu Puteh

KINABATANGAN: Sebuah penempatan baru akan diwujudkan di Kampung Batu Puteh dekat sini bagi menempatkan penduduk dari kampung itu dan Kampung Menggaris yang terjejas banjir. 

Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata sebanyak 99 unit rumah akan dibina di penempatan baru itu yang akan dilengkapi kemudahan asas lengkap.

Kerja menyediakan tapak penempatan baru itu sedang dilakukan dan pembinaan dijangka mengambil masa setahun lagi untuk disiapkan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada lima keluarga yang diancam tanah runtuh di Kampung Menggaris dekat sini, hari ini.

Isnin lalu, tanah runtuh berlaku di kawasan bukit di belakang rumah mereka menyebabkan keluarga berkenaan terpaksa berpindah ke rumah saudara di Kampung Batu Puteh. 

Saddi berkata, 50 keluarga yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu adalah dari Kampung Menggaris yang menghadapi ancaman tanah runtuh dan banjir, manakala selebihnya adalah penduduk Kampung Batu Puteh. 

Lima keluarga yang berpindah akibat tanah runtuh adalah antara penduduk yang akan dipindahkan ke penempatan baru itu. 

"Sekiranya rumah yang dibina di penempatan baru itu tidak mencukupi, penduduk di kampung berkenaan akan dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat di Pekan Baru Sukau," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment