My Add

Monday 23 January 2012

Kenapa hanya saman Utusan?

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Januari, 2012: Pergerakan Puteri UMNO mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman bekas rakan baiknya, Datuk S. Nalakaruppan dan beberapa lagi individu lain termasuk pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana individu terbabit juga kerap mengkritik secara terbuka kredibiliti Ketua Pembangkang itu sebagai seorang pemimpin.

''Puteri minta Anwar supaya jangan hanya tunjuk berani saman Utusan (Utusan Malaysia)

''Kita cabar dia (Anwar) saman Datuk Nalakaruppan, Raja Petra, Ummi Hafilda dan Eskay (Datuk Shazryl Eskay) kerana mereka juga kerap mengkritik dia (Anwar),'' katanya di sini, semalam..

Beliau mengulas tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Malaysia) berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan dan mendakwa akhbar itu pada 17 Januari lalu di muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.

Rosnah berkata, pihaknya yakin tindakan Anwar menyaman Utusan Malaysia sebagai satu taktik untuk menghalang akhbar itu daripada melapor dan menulis kegiatan serta kenyataan negatif pemimpin pembangkang itu di luar negara.

Beliau menegaskan, sebenarnya tidak timbul isu fitnah kerana apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia adalah berdasarkan fakta semata- mata.

Katanya, Anwar khuatir rakyat akan hilang kepercayaan terhadapnya apabila membaca akhbar tersebut.

''Anwar saman Utusan Malaysia atas sebab ketakutan maka dengan ini dia tidak layak menjadi pemimpin.'' katanya.

Beliau menambah, tindakan itu juga tidak ubah seperti satu lagi siri 'drama' Ketua Pembangkang itu bagi meraih simpati rakyat.

Pihaknya juga yakin Anwar akan meneruskan siri dramanya selepas ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menyatakan kononnya dia difitnah dan sebagainya.

''Dan tidak mustahil selepas ini Anwar akan terus menyaman Utusan Malaysia kerana mendedahkan sikap sebenar beliau,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment