My Add

Wednesday 25 January 2012

Kes saman fitnah NSTP: Ahirudin perlu lantik peguam

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Januari, 2012: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 31 Januari ini sebagai tarikh akhir untuk penulis blog, Datuk Ahirudin Attan melantik peguam mewakilinya dalam kes saman fitnah kira-kira enam tahun lalu yang difailkan oleh bekas Timbalan Pengerusi New Straits Times Press Bhd., (NSTP), Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan tiga bekas pegawai kanannya.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Asnabi Mohamed di kamar beliau dengan kehadiran Ahirudin dan peguam, Rishwant Singh mewakili pihak plaintif.

Dalam writ saman yang difailkan pada 4 Januari 2007, Kalimullah dan tiga lagi menyatakan, Ahirudin yang pernah menjadi Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail telah menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadap mereka antara 8 Jun 2006 dan 2 Disember 2006.

Bagi Kalimullah, artikel tersebut antaranya menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur dan berbohong selain menyalahtafsirkan fakta-fakta dalam laporannya serta menyalahgunakan kedudukannya dalam syarikat akhbar itu untuk kepentingan sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment