My Add

Wednesday 25 January 2012

Jantung terjatuh atas jalan selamat dipindahkan kepada wanita


ERIKA Hernandez, 28, melambai kepada jurugambar ketika berada di dalam ambulans selepas dibenarkan keluar dari hospital di mana dia menjalani pemindahan jantung di Mexico City, hari ini. Berita pemindahan jantung yang dilalui Hernandez menjadi tajuk utama akhbar tempatan berikutan jantung barunya yang dibawa kakitangan hospital terjatuh di atas jalan raya ketika dibawa turun dari helikopter, semalam. - Foto AP


MEXICO CITY: Jantung yang terjatuh di atas lantai ketika dipindahkan ke hospital selamat dipindahkan kepada seorang jurugaya rambut berusia 28 tahun di Mexico. 

Dr Jaime Saldivar berkata, Erika Hernandez belum mengetahui bahawa jantung barunya menjadi berita utama apabila seorang kakitangan hospital terjatuh dan plastik berisi jantung itu terkeluar daripada kotak pendingin di atas jalan dua minggu lalu.

Saldivar berkata, bergantung kepada keluarga Hernandez bila untuk memberitahunya. - AP

No comments:

Post a Comment