My Add

Tuesday 24 January 2012

Kurangkan prejudis, tingkatkan perpaduan: Rais

JELEBU, SELASA, 24 Januari, 2012: Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, masyarakat seharusnya mengambil peluang melakukan pembaharuan dengan mengurangkan perasaan prejudis atau prasangka terhadap kaum lain, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata, pada sambutan perayaan ini, masyarakat juga seharusnya meningkatkan persefahaman dengan berusaha memahami budaya kaum lain yang sekali gus dapat mewujudkan suasana perpaduan.

"Jadi amalan ini perlu kita buat dan saya berharap pada 28 Januari apabila kita mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Sitiawan, dapat kita semarakkan perhimpunan itu sebagai batu loncatan kepada peningkatan muhibah perpaduan dan persefahaman kita.

"Soal persefahaman ini banyak disebut tapi amalannya cukup sukar untuk dilaksanakan," katanya semasa mengadakan kunjungan sempena perayaan Tahun Baru Cina ke kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah, Datuk Siow Chen Pin, di sini, semalam. 

Setiap kaum sama ada menerusi wakil politik atau badan bukan kerajaan perlu membudayakan amalan kunjung-mengunjung pada majlis rumah terbuka bagi menggalakkan suasana muhibah antara kaum. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment