My Add

Tuesday 24 January 2012

UNESCO diyakini senarai Lembah Lenggong tapak warisan

IPOH, SELASA, 24 Januari, 2012: Kerajaan Perak yakin Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Datuk Hamidah Osman berkata, penyenaraian tersebut akan menambah nilai kepada promosi Tahun Melawat Perak 2012 sekarang.

"Kita yakin surat cadangan, penemuan artifak dan penyelidikan di Lembah Lenggong diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak UNESCO bagi pencalonan Malaysia itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan duta Tahun Melawat Perak 2012 dan 3,000 Duta Kecil di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Hamidah berkata, keputusan mungkin diketahui tidak lama lagi selepas satu persidangan dan pembentangan pencalonan tersebut dibuat di Afrika.

Dokumen pencalonan dan pelan pengurusan pemeliharaan telah dihantar oleh Jabatan Warisan Negara ke World Heritage Centre di UNESCO pada 31 Januari tahun lepas, katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment