My Add

Wednesday 4 January 2012

Lagi laporan polis bantas perhimpunan bebaskan Anwar

KUANTAN, RABU, 04 Januari, 2012: Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dan Paya Besar di sini hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan “Bebaskan Anwar 901” yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Januari ini.

Naib Ketua Pemuda Bahagian Kuantan, Hazrin Basri berkata, perhimpunan seumpama itu tidak perlu diadakan kerana ia akan merugikan semua pihak.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat pula berkata, perhimpunan itu menyalahi undang-undang dan menjejaskan nama baik negara.

Perhimpunan itu dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui keputusan mahkamah berhubung kes liwat yang dihadapi beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment