My Add

Sunday 8 January 2012

Lebih 3,500 hadir Himpunan Sejuta Umat

SEREMBAN, AHAD, 08 Januari, 2012: Selepas berjaya mengadakan dua perhimpunan di Selangor dan Perak, Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) berjaya menghimpunkan lebih 3,500 orang di Stadium Tertutup Paroi dekat sini semalam.

Orang ramai mulai berhimpun sejak awal pagi untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ahli-ahli panel yang dijemput oleh pihak penganjur.

Majlis berkenaan dimulakan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh beberapa kumpulan termasuklah kumpulan nasyid popular tanah air, Hijjaz sebelum disusuli dengan ceramah mengenai isu murtad.

Antara penceramah yang mengambil tempat untuk berucap pada majlis berkenaan Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abd. Hamid; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman dan bekas Mufti Kerajaan negeri Datuk Mohd. Murtadza Ahmad.

Stadium Tertutup Paroi bergema dengan laungan takbir sebaik sahaja Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menyampaikan ucapan perdana pada program berkenaan.

Suasana sayu dan iringan airmata kemudiannya berkumandang pada majlis berkenaan apabila bacaan zikir munajat dilakukan secara beramai-ramai sebelum diakhiri bacaan doa yang diketuai oleh Hasan. - MM

No comments:

Post a Comment