My Add

Wednesday 4 January 2012

Lelaki ragut 2 beranak dicekup

 Oleh Faizul Azlan Razak dan Ahmad Rabiul Zulkifli
 

KEJADIAN ragut menyebabkan Muhammad Najmi dan ibunya, Norita mengalami kecederaan teruk di muka.
KEJADIAN ragut menyebabkan Muhammad Najmi dan ibunya, Norita mengalami kecederaan teruk di muka.
Suspek diberkas selepas tinggal motosikal diguna di tempat jenayah 

KUALA TERENGGANU, RABU, 04 Januari, 2012: Selepas empat jam cuba meragut seorang guru taska hingga menyebabkan wanita itu dan anaknya cedera teruk di muka, seorang lelaki ditahan polis di rumah abangnya di Taman Hadhari, Kampung Rhu Batil, Dungun, petang kelmarin.
Suspek berusia 26 tahun berasal dari Kampung Rantau Abang, ditahan selepas polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah Dungun menyerbu rumah abangnya pada jam 6.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata suspek yang bekerja sebagai buruh dikesan selepas motosikal digunakan untuk meragut terjatuh dan ditinggalkan di tempat kejadian. 

Beliau berkata, pemeriksaan polis mendapati motosikal itu adalah kepunyaan adik suspek, sekali gus memudahkan polis menjejaki suspek yang bersembunyi di rumah abangnya. 

“Ketika serbuan di rumah abangnya, suspek yang mengalami cedera di kaki kiri dan tangan dengan kesan kotor pada pakaian akibat terjatuh dari motosikalnya berada di rumah itu,” katanya di sini, semalam. 

Manoharan berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah dan menyimpan barang curi serta hasil ujian air kencing didapati positif Methamphetamine atau pil kuda. 
Katanya, berikutan itu suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. 

Berita Harian semalam melaporkan, Norita Omar, 37, dari Kampung Pulau Serai, Dungun bersama anaknya, Mohamad Najmi Almin, 5, cedera teruk di muka, tangan dan kaki selepas diragut seorang lelaki berhampiran jambatan Kampung Rajawali, Dungun. 

Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpaksa dirawat di Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.  - Berita Harian

No comments:

Post a Comment