My Add

Wednesday 4 January 2012

Penuntut Malaysia nahas di New Jersey selamat: Anifah

KUALA LUMPUR, RABU, 04 Januari, 201: Kementerian Luar hari ini menjelaskan bahawa laporan mengenai penuntut Malaysia terbunuh dalam kemalangan di New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin lalu adalah tidak tepat sebaliknya mereka kini dirawat di hospital.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Hennis Tung, penuntut di Ohio State University, terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa bercuti dan kini dirawat di Hospital Robert Johnson, Rutgers, New Jersey.
"Penuntut itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anifah berkata, abang penuntut terbabit, juga penuntut di universiti yang sama, sudah dihubungi dan memaklumkan bahawa ibu bapa mereka akan tiba di Amerika Syarikat hari ini.

Katanya, Konsulat Jeneral Malaysia di New York sudah memberi bantuan kepada mangsa dan keluarga dan juga diarahkan untuk memantau keadaan penuntut itu dari masa ke masa untuk dimaklumkan kepada Wisma Putra.

Sebelum ini, akhbar The Republic yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat melaporkan seorang penuntut Malaysia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang dinaikinya bersama empat yang lain terbabas di laluan Interstate 78. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment