My Add

Tuesday 3 January 2012

Mahfuz Omar kata...ini bodoh, itu bodoh, semua bodoh

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Januari, 2012: Mungkin, atau memang kegemaran Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggunakan perkataan bodoh... ini bodoh, itu bodoh, semua bodoh.

Dalam kenyataannya kepada Harakahadaily har ini, memepertikai konon, kerakusan kerajaan bodoh memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada kroni-kroni bodoh mesti dihentikan segera .
Ahli Parlimen Pokok Sena di Kedah itu. merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang didakwanya dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Kata Mahfuz, tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai.

"Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja.

"Hanya kerajaan bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," katanya lagi.  

Mahfuz bertanya, adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah, dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyelewengkan wang rakyat.

"Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya.

"Kerajaan yang cerdik, tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250 juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula menjadi mangsa penipuan.

"Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC.

"Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela (Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu.

"Nampak benar kerajaan bodoh berusaha untuk menyembunyikan kebodohannya," kata beliau.

Jadi, jika semua bodoh, siapa yang cerdik?


No comments:

Post a Comment