My Add

Thursday 26 January 2012

Majlis Hukuman pastikan hukuman setimpal

KUALA LUMPUR, KHAMIS. 26 Januari, 2012: Majlis Peguam mencadangkan sebuah Majlis Hukuman diwujudkan untuk mengadakan satu garis panduan mengenai kadar hukuman ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut di jalan raya.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata, dengan adanya majlis ini, hukuman yang dijatuhi bersesuai dengan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik itu.

Beliau berkata, mengenakan hukuman mandatori ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut adalah tidak wajar kerana sesuatu kes itu perlu dilihat dari aspek bagaimana kemalangan itu serta sama ada kes itu "berat atau ringan."

"Sesuatu hukuman perlu bergantung kepada fakta-fakta kes yang pada amnya berlainan antara satu sama lain.

"Oleh itu budibicara hakim tidak patut disekat, malah hukuman bukan sekadar untuk hukuman sahaja tetapi untuk pemulihan (ke atas pesalah trafik)," katanya.

Beliau mengulas pandangan Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye pada Ahad lalu yang menyarankan agar pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment