My Add

Thursday 26 January 2012

Pendapatan Boeing melonjak 20 peratus

KUALA LUMPUR, KHAMS, 26 Januari, 2012: Pendapatan bersih suku keempat 2011 The Boeing Company meningkat kepada AS$1.4 bilion atau AS$1.84 sesaham, daripada perolehan AS$19.6 bilion yang disokong oleh prestasi teras berterusan yang kukuh pada keseluruhan perniagaan syarikat itu.

Ia merupakan lonjakan 20 peratus daripada pendapatan bersih AS$1.16 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2010.

Seterusnya, pendapatan bersih bagi tahun penuh meningkat kepada AS$4.0 bilion atau AS$5.34 sesaham daripada perolehan AS$68.7 bilion. Pendapatan bersih tahun lepas juga dicatatkan meningkat 21 peratus berbanding dengan AS$3.30 bilion yang dicatatkan pada 2010, kata Boeing.

"Prestasi operasi keempat yang kukuh, mencatatkan perolehan dan timbunan dan pendapatan yang berkembang serta aliran tunai menutup kemajuan yang besar selama setahun bagi Boeing pada 2011,” kata Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Jim McNerney.

Pencapaian utama pasukan pada tahun ini termasuk pentauliahan dan penyerahan pesawat pertama 787 dan 747-8, mendapat program Pesawat Tangki Tentera Udara AS, pelancaran 737 MAX, dan mendapat kontrak pertahanan roket AS yang penting dan menjalin satu perjanjian utama bagi F-15 kepada Arab Saudi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai tinjauannya, katanya garis panduan pendapatan Boeing bagi 2012 telah ditetapkan antara AS$4.05 dan AS$4.25 sesaham yang mencerminkan prestasi teras yang jitu dan peningkatan perbelanjaan pencen manakala garis panduan perolehan bagi 2012 ialah antara AS$78 bilion dan AS$80 bilion. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment