My Add

Monday 23 January 2012

Majoriti bayi perempuan lahir di awal Tahun Naga

KUALA LUMPUR, ISNIN, 3 Januari, 2012: Empat puluh orang bayi Tahun Baru Cina yang majoritinya perempuan dilahirkan di tiga hospital kerajaan dan dua hospital swasta di ibu negara hari ini, iaitu 24 perempuan dan 16 lelaki. 

Seramai 19 bayi lahir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di awal Tahun Baru Naga ini, 15 bayi di Hospital Sungai Buloh, tiga Hospital Pantai Ampang, Hospital Kajang, dua, dan seorang di Sentosa Medical Centre.

HKL menyambut tiga bayi perempuan, pertama seberat 2.87kg pada 12.01 pagi, kedua seberat 3.45kg lima minit kemudian dan bayi ketiga seberat 2.70kg pada 1.11 pagi.

Di Hospital Sungai Buloh pula ketiga-tiganya juga bayi perempuan yang pertama seberat 3.25kg lahir pada 1.12 pagi, diikuti kedua pada 2.17 pagi, seberat 3.14kg dan ketiga seberat 2.35kg pada 2.35 pagi. 

Bagaimanapun kedua-dua bayi pertama dan kedua yang lahir di Hospital Pantai Ampang ialah lelaki masing seberat 3.3kg (1.34 pagi ) dan 3.1kg (2.10 pagi) sementara yang ketiganya perempuan seberat 3.3kg pada 2.43 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment