My Add

Monday 23 January 2012

Polis selamatkan kanak-kanak perempuan jadi tebusan


KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 Januari, 2012: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan saat cemas lebih lima jam apabila dijadikan tebusan seorang lelaki bersenjatakan pisau, dipercayai kurang siuman yang menceroboh rumah keluarganya di Kampung Baru di sini, hari in

Dalam kejadian jam 10.30 pagi di Lorong Raja Muda Musa 6, mangsa yang berusia 10 tahun sedang menonton televisyen bersama keluarganya sebelum tiba-tiba suspek yang dalam keadaan bogel meluru masuk dan mengambil pisau di dapur lalu mengacukannya ke arah kanak-kanak terbabit dan menangkapnya untuk dijadikan tebusan.

Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan jam 4.10 petang selepas polis memasuki rumah berkenaan dan melepaskan empat das tembakan ke arah suspek.

Lelaki berusia 34 tahun itu yang cedera di perut, rusuk dan kaki disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. 

Sebelum itu, usaha memujuk suspek dilakukan bapa mangsa namun tidak berhasil apabila lelaki terbabit membawa kanak-kanak itu ke dalam sebuah bilik berhampiran ruang tamu. 

Sepasukan anggota polis yang tiba tidak lama kemudian turut gagal memujuk suspek menyebabkan pakar psikiatri HKL terpaksa dipanggil untuk memujuknya tetapi masih menemui jalan buntu. 

Difahamkan, polis juga turut memanggil seorang wanita dipercayai kakak kepada teman wanita suspek untuk memujuknya melepaskan mangsa, namun tetap tidak berhasil. 

'Drama' tebusan kira-kira lima jam 10 minit itu bagaimanapun berakhir beberapa polis masuk ke rumah berkenaan dan melepaskan empat das tembakan ke arah suspek, manakala kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata sebelum kejadian suspek dilihat berkeliaran dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu menyebabkan beberapa penduduk mengejar untuk menangkapnya. 

Beliau berkata, suspek yang melarikan diri kemudian menceroboh masuk ke rumah mangsa lalu mengambil pisau di dapur lalu menangkap mangsa dan dijadikan tebusan. 

"Polis tiada pilihan selain terpaksa melepaskan tembakan ke arahnya selepas pelbagai usaha memujuknya lebih lima jam tidak berhasil. 

"Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk samun," katanya.

No comments:

Post a Comment