My Add

Thursday 26 January 2012

Malaysia jujur perangi pemerdagangan manusia

HISHAMMUDDIN Tun Hussein dan Ahmad Shabery Cheek bergambar bersama ahli Skuad Muda Rela ketika melawat Pusat Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Malaysia tetap jujur dan bersemangat dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia di sebalik kegagalan mencapai kata sepakat dalam pertukaran pelarian serta pemohon suaka dengan Australia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, hasrat itu perlu dilihat secara terbuka, jujur dan ikhlas tanpa dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Malangnya ia tidak dapat diterjemahkan dalam satu tindakan kerana Australia, bukan kita (Malaysia). Selepas ia berlaku, banyak juga kes kematian pelarian yang menghala ke Australia. Saya tidak mahu tuduh, atau kata ‘saya sudah kata begitu’.

“Pendekatan sebegitu kalau dilihat secara jujur dan ikhlas serta tidak dipolitikkan, saya percaya ia satu model untuk menentang, mengurangkan dan memerangi jenayah perdagangan manusia habis-habisan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Belia Anti Jenayah di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Semalam, kerajaan campuran Australia gagal menghidupkan kembali usaha pertukaran pelarian bersama Malaysia apabila Parti Buruh dan pakatan pembangkang negara itu menemui jalan buntu berkenaan ‘keselamatan’ pelarian.

Pakatan pembangkang negara itu berulang kali mahukan jaminan keselamatan terhadap pelarian dan pemohon suaka yang akan dihantar ke Malaysia diterjemahkan dalam bentuk undang-undang dan menolak jaminan yang diberikan oleh Putrajaya. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment