My Add

Thursday 26 January 2012

Mustapa ketengah peluang pelaburan Malaysia di Zurich

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Peluang pelaburan dan tarikan ekonomi Malaysia merupakan antara perkara utama yang diketengahkan dalam pembentangan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di mesyuarat meja bulat semalam di Zurich, Switzerland.

Mesyuarat itu yang dihoskan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Dewan Perniagaan Switzerland-Asia, dihadiri oleh 40 tokoh perniagaan Switzerland daripada industri berteknologi tinggi seperti kejuruteraan jitu, farmaseutikal dan aeroangkasa serta wakil daripada sektor perbankan.

"Dalam pembentangan beliau, Mustapa menegaskan kestabilan politik, prasarana yang baik, dasar mesra perniagaan dan sokongan padu serta bantuan daripada MIDA adalah alasan utama yang menjadikan Malaysia destinasi pilihan bagi pelabur asing,” kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan hari ini. Pelaburan yang direalisasikan oleh syarikat Switzerland di Malaysia setakat ini berjumlah USD1.1 bilion (AS$1 bernilai RM3.05).

Mustapa mengetuai misi pelaburan selama dua hari ke Zurich dari 25-26 Januari untuk mencari pelaburan berkualiti daripada syarikat berasaskan teknologi yang menyediakan pekerjaan pendapatan tinggi.

"Dua syarikat seumpama itu sedang di peringkat kemajuan melabur di Malaysia,” kata kementerian itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment