My Add

Thursday 26 January 2012

RISDA peruntuk RM397 juta projek tanam semula getah

IPOH, KHAMIS, 26 Januari, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui agensinya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM397 juta bagi projek tanam semula getah di kawasan seluas 50,000 hektar di seluruh negara tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek tersebut yang dijangka melibatkan 30,000 hingga 40,000 pekebun kecil merupakan langkah untuk mempertingkatkan pendapatan mereka sehingga mencecah RM2,500 sebulan.

"Jumlah peruntukan ini (RM397 juta) termasuk dalam peruntukan yang kerajaanberi iaitu sebanyak RM1.8 bilion kepada keseluruhan agensi itu. Bagi projek tanaman semula getah tahun lepas kerajaan memperuntukkan sebanyak RM90 juta melibatkan seluas 14,000 hektar tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis perhimpunan Pemaju Masyarakat RISDA (PMR) Peringkat Nasional di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng di sini. Turut hadir Ketua Pengarah RISDA Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment