My Add

Friday 27 January 2012

Najib harap MBSA segera putuskan CF apartmen Alam Prima

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan keputusan mengenai pengeluaran sijil layak menduduki (CF) bagi projek apartmen Alam Prima di Shah Alam.

"Projek Alam Prima sudah siap, hanya menunggu CF daripada MBSA... Minta MBSA menyegerakan keputusan,” kata Perdana Menteri menerusi mesej Twitter beliau hari ini.

Beliau menjawab soalan seorang pengikut twitternya ”@Rosmanhashimi” yang bertanya mengenai status terkini projek di bawah selenggaraan Syarikat Perumahan Negara Berhad itu yang lewat diserahkan kepada pemilik selama dua tahun.

Apartmen Alam Prima itu ialah projek Rumah Mampu Milik di Seksyen 22, Shah Alam, membabitkan pembinaan 444 unit apartmen kos sederhana. Ia mula dibangunkan oleh SPNB pada 6 Ogos 2007. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment