My Add

Friday 27 January 2012

Penguatkuasa MBMB parah diserang Tonto



IBU mangsa, Fatimah Atmo, 66, (kanan) sebak selepas melihat keadaan anaknya, Azizan Abbas, 26, di Hospital Melaka yang cedera tangan kanan selepas diserang sekumpulan 30 lelaki samseng ketika sedang melakukan serbuan ke atas sebuah kafe siber haram di Taman Seri Duyong Seksyen 2, Kandang, Melaka, malam tadi. - Foto Rasul Azli Samad


MELAKA TENGAH, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)parah, manakala empat lagi cedera selepas diserang sekumpulan 40 lelaki dipercayai Tonto ketika sedang melakukan serbuan ke atas sebuah premis judi haram di Taman Seri Duyong, Duyong, dekat sini, kira-kira jam 11.40 malam tadi 

Azizan Abas, 28, parah selepas ditikam menggunakan senjata tajam dipercayai jenis pisau jenis Rambo pada bahagian lengan kanan, manakala empat rakannya pada bahagian muka dan badan akibat dibelasah dengan kayu, rotan dan besi.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka sejurus selepas kejadian. Sehingga lewat pagi ini, mangsa yang parah dalam keadaan stabil manakala empat rakannya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan lanjut pagi tadi.

Ketua Operasi MBMB, Mutahir Ab Rasid, berkata, laporan mengenai kejadian itu di buat di Pondok Polis Hospital Melaka sejurus kejadian. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md Yunos Husin ketika ditemui selepas melawat semua mangsa tonto terbabit di Hospital Melaka, pagi tadi mahu polis segera menyiasat kejadian itu serta mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 

Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah, Zainal Abu dijadual melawat mangsa kira-kira jam 2.30 petang ini, selepas Azizan selesai menjalani pembedahan. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment