My Add

Thursday 12 January 2012

Orang ramai kini boleh memohon membuka KR1M sendiri

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Januari, 2012: Kerajaan menyasarkan membuka sekurang-kurangnya 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini, setakat ini, 26 buah KR1M telah beroperasi.

Mulai tahun ini juga, orang ramai serta mana-mana perbadanan boleh memohon membuka dan menjalankan perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia mereka sendiri, kata kenyataan itu.

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati daripada laman web kementerian di alamat www.kpdnkk.gov.my serta di semua cawangan pejabat kementerian itu.

Mengenai isu keselamatan produk yang dijual, kenyataan itu menyebut bahawa pihak kementerian telah mengarahkan semua 200 produk makanan di KR1M dihantar untuk pemeriksaan dan semua produk mestilah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum dijual. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment