My Add

Monday 23 January 2012

Pas tidak lagi bernada Islam

KEMAMAN, ISNIN, 23 Januari, 2012: Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menarik portfolio hal ehwal Islam daripada Exco Pas adalah sejajar dengan hasrat Pas untuk tidak lagi memperjuangkan negara Islam bersama pakatan pembangkang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, biarpun ia suatu tamparan yang hebat dan memalukan Pas serta kepimpinannya, mereka terpaksa ‘menelan’ penghinaan itu.

“Dengan demikian angan-angan pengikut Pas yang ingin melihat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri juga mungkin tidak kesampaian.

“Sudah sudah tentu jawatan itu menjadi milik pemimpin parti seperti PKR atau DAP manakala Abdul Hadi Awang selaku Menteri Belia dan Sukan sahaja.

“Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi hanya diberi portfolio menjaga adat Melayu sedangkan ia bukan suatu perjuangan Pas,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Skim Insentif Tanam Semula kelapa sawit anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Felda Wilayah Terengganu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment