My Add

Thursday 5 January 2012

Pelatih inspektor sumbang pakaian seragam sekolah

PELATIH Pulapol, M. Thamendran (kanan) dan rakannya membantu memakaikan seragam sekolah kepada dua beradik, Priyanka Stand (dua dari kanan) dan Harshan Stand (dua dari kiri) pada Arogram Jalinan Kasih di Pulapol, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Sebanyak 82 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang bakal menamatkan kursus latihan asas inspektor Siri 1/2011 tidak lama lagi telah menganjurkan majlis amal Program Jalinan Kasih bagi membantu golongan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Para pelatih berketurunan India itu yang bakal menamatkan latihan mereka pada Sabtu ini, mengambil inisiatif membantu golongan yang memerlukan dengan dibantu oleh Biro Keagamaan dan Kebudayaan India PulapAol Kuala Lumpur.

Dalam program itu, sebanyak 15 pelajar sekolah yang merupakan anak-anak ibu tunggal menerima sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah dan peralatan belajar.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Komandan Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamad dalam majlis itu yang berlangsung di Dewan Bankuet Pulapol.

Zulkifli dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dengan inisiatif yang dilakukan oleh pelatih-pelatih tersebut.

Menurutnya, anggota dan pegawai PDRM bukan sahaja memberi tumpuan kepada hal-hal keselamatan tetapi turut menitikberatkan aktiviti kemasyarakatan.

"Inisiatif ini juga memperlihatkan satu hala tuju baru dalam PDRM seiring dengan hasrat kami melahirkan Pegawai Budiman yang bukan sahaja berkhidmat bagi masyarakat dalam mengekalkan undang-undang malah giat dalam program berunsur kebajikan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment