My Add

Monday 16 January 2012

Pembekuan aset NFC dialu-alukan - Perkasa

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Januari, 212: Pembangkang tidak sepatutnya menjadikan isu pembekuan aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebagai mainan politik dan menjatuhkan hukuman walaupun kebenaran masih belum dipastikan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan membekukan aset NFC amat dialu-alukan oleh rakyat, namun mana-mana pihak tidak wajar membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, mainan politik pembangkang akan menyebabkan sebarang isu yang timbul di pihak kerajaan Pusat atau negeri akan segera dijatuhkan hukuman salah tanpa usul periksa.

"Tetapi, jika berlaku di negeri pentadbiran pembangkang, mereka akan mengatakan itu fitnah puak Barisan Nasional (BN) dan tidak benar. Jika benar sekali pun, mereka akan dakwa BN sengaja lakukan kerana mahu memburukkan pakatan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan aset NFC telah dibekukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada syarikat itu.

Ibrahim menambah, rakyat mesti memberi keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk menyiasat perkara itu kerana dua badan itu adalah telus dan saksama.

"SPRM akan menyiasat perkara tersebut secara telus sehingga ke akar umbi. Justeru, marilah kita bersama-sama memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tanpa mengira siapa terlibat sama ada pemimpin mahu pun rakyat biasa di negeri pimpinan BN atau pembangkang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment