My Add

Monday 23 January 2012

Pengisytiharan harta perlu dipersetujui semua pihak

MELAKA, ISNIN, 23 Januari, 2012: Pengisytiharan harta milik ahli UMNO kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergantung pada persetujuan semua pihak termasuk Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Mohd. Ali yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, langkah itu perlu dipersetujui semua ahli parti termasuk wakil rakyat kerana ia melibatkan beberapa perkara seperti keselamatan.

"Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Melaka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di sini, hari ini.

Mohd. Ali berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am Pas akan kesediaan mengisytiharkan hartanya kepada SPRM jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah. - BERNAAM

No comments:

Post a Comment