My Add

Thursday 5 January 2012

Pengusaha bas ekspres boleh mohon LPS Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Januari, 2012: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini memaklumkan bahawa pengusaha bas ekspres kini boleh memohon lesen perubahan sementara (LPS) bagi penggunaan bas ekspres tambahan untuk kegunaan orang ramai di musim perayaan, menjelang Tahun Baru Cina 2012. 

Permohonan LPS untuk musim perayaan Tahun Baru Cina ini dibuka mulai semalam hingga 16 Januari 2012.

Tempoh sah LPS itu adalah bagi perjalanan tujuh hari sebelum dan lapan hari selepas Tahun Baru Cina, iaitu dari 16 hingga 31 Januari 2012, kata SPAD dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain bas ekpres, syarikat bas juga boleh memohon LPS untuk menggunakan bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas persiaran dan bas henti-henti sebagai bas tambahan pada musim perayaan itu, katanya. 

Bas yang akan digunakan sebagai bas tambahan itu perlu memenuhi syarat yang ditetapkan di dalam Pekeliling Bil 1/2012 Garis Panduan Penyediaan Bas Ekspres Tambahan Pada Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012, Lesen Perubahan Sementara. 

Pekeliling Bil 1/2012 mengenai LPS dan borang permohonan boleh didapati di laman web www.spad.gov.my. 

Semua permohonan LPS hendaklah dikemukakan ke mana-mana Pejabat Wilayah SPAD saja dan kadar bayaran bagi setiap permohonan adalah RM20. 

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan berhubung penggunaan bas tambahan boleh menghubungi talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment