My Add

Tuesday 10 January 2012

Penyokong perhimpunan gagal patuhi syarat

KUALA LUMPUR. SELASA, 10 Januari, 2012: Jan. - Meskipun polis membenarkan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan 'Kempen Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, namun perhimpunan yang diadakan hari ini dilihat melanggar 10 syarat yang ditetapkan sebelum ini.

Sebahagian daripada penyokong dilihat gagal mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila membawa sepanduk dan kain rentang bersama mereka walaupun ia dilarang.

Antara sepanduk yang dibawa mereka tertera perkataan 'Lawan Tetap Lawan', 'Bebas Anwar 901', 'Rakyat Hakim Negara' dan 'Tolak Fitnah' selain memakai topeng muka mirip Anwar sejak mereka mula berhimpun seawal pukul 5 pagi.

Penggunaan alat pembesar suara yang dilarang oleh polis kecuali untuk mengawal peserta juga diingkari apabila ia digunakan untuk berucap selain memperdengarkan rakaman ceramah pemimpin pembangkang itu.

Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh membenarkan perhimpunan itu diadakan di tempat letak kereta luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan 10 syarat yang sudah dipersetujui oleh penganjur kempen itu.

10 syarat yang ditetapkan adalah:

n Tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' semasa perhimpunan itu.

n Penggunaan pembesar suara selain alat pembesar suara tidak dibenarkan. Bagaimanapun, penggunaan dua alat pembesar suara dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

n Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

n Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat apa-apa perbuatan, membuat bising serta memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

n Tempat perhimpunan yang dibenarkan ialah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

n Sekiranya kawasan itu sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan letak kereta mahkamah.

n Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan peserta perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan, jika perlu.

n Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh sejam selepas keputusan mahkamah diumumkan.

n Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan pihak polis dari semasa ke semasa demi menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

n Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment