My Add

Tuesday 10 January 2012

Keputusan mahkamah bukti tiada konspirasi

PUTRAJAYA, SELASA, 10 Januari, 2012: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan jelas menunjukkan tidak wujud sebarang konspirasi antara kerajaan dan institusi kehakiman.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembebasan Anwar daripada pertuduhan itu juga jelas menunjukkan tidak ada konspirasi dari dulu sehingga sekarang.

"Walaupun saya hairan jugalah dia tidak bersalah, tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sehingga sekarang apabila pihak mahkamah berpendapat dia tidak bersalah.

"Hakikatnya, sangkaan buruk selama ini adalah tidak berasas sama sekali, yang mengatakan kerajaan begitu zalim sampai hakim pun kerajaan hendak manipulasi adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku," katanya.

Beliau diminta mengulas keputusan tersebut ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif kepada pemenang pingat Sukan Sea Para ke enam di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Dr. Mahathir memberi contoh, dalam sejarah negara juga, boleh dilihat beberapa kali pihak kerajaan didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

"Pada masa saya dulu, parti saya (UMNO) dianggap sebagai haram.

"Jadi kita kena ingat institusi kehakiman kita memang bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak sama ada lawan ataupun kerajaan," katanya.

Beliau menambah, hakim akan memutuskan sesuatu mengikut pendapat mereka tentang adil atau tidak adil tentang sesuatu keputusan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment