My Add

Thursday 5 January 2012

Perkhidmatan bas di bawah bidang kuasa SPAD - MB

SHAH ALAM, khamis, 05 Januari, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seperti berdolak-dalih dalam isu pemberhentian perkhidmatan bas di Taman Sentosa, Klang apabila memberi alasan ia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, SPAD diberi tanggungjawab untuk memastikan pengangkutan awam termasuk bas di seluruh negara dapat beroperasi dengan baik, malah peruntukan dengan dana yang besar juga disediakan untuk memastikan matlamat itu tercapai.

Beliau berkata, pihaknya mendesak supaya SPAD mengambil tindakan tegas kepada syarikat pengendali bas yang gagal menjalankan perkhidmatan mereka kerana memberi alasan mengalami kerugian.

"Kerajaan negeri merasakan adalah tidak wajar untuk kita memberi subsidi sebagai pertolongan kepada mana-mana pengusaha bas yang tidak dapat menjalankan operasi mereka semata-mata kerana tidak mendapat keuntungan kerana ia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

"Saya berpendapat, penswastaan pengangkutan awam tidak sepatutnya berlaku sekiranya syarikat yang diberi kebenaran untuk menyediakan perkhidmatan tersebut hanya memilih beberapa jalan yang boleh memberi keuntungan kepada mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.  

Beliau mengulas mengenai kekecewaan penduduk Taman Sentosa, Klang dekat sini yang kecewa apabila perkhidmatan bas di kawasan mereka dihentikan sejak dua bulan lalu.

Difahamkan, syarikat pengendali bas tersebut menghentikan perkhidmatan mereka di kawasan itu selepas kerajaan Selangor gagal berbincang mengenai beberapa perkara berbangkit termasuk isu kadar tambang. - UTUSAAN

No comments:

Post a Comment