My Add

Tuesday 24 January 2012

Perpustakan Negara perlukan pakar, pengkaji manuskrip

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Januari, 2012: Perpustakaan Negara memerlukan ramai pakar dan pengkaji tempatan membantu badan itu menganalisis manuskrip lama berkaitan sejarah tamadun bangsa Melayu yang dimilikinya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, perpustakaan itu mempunyai kira-kira 4,600 naskah manuskrip lama, namun tidak semua dapat dibaca kerana ditulis dalam tulisan jawi lama.

"Kebanyakan bahan manuskrip diperolehi daripada dalam negara dan rantau ini serta negara luar yang tertumpu kepada manuskrip Melayu,” katanya.

“Memang kajian dibuat sebelum ini oleh universiti tempatan tetapi tidak banyak. Saya berpendapat kajian manuskrip Melayu ini perlu diperluaskan kerana setiap bahan tersebut mengandungi ilmu mendalam dari segi budaya dan warisan khazanah bangsa.

"Oleh itu lebih ramai pakar dan pengkaji dalam penulisan manuskrip diperlukan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment