My Add

Tuesday 24 January 2012

Lynas peroleh dana siapkan pembinaan kilang di Malaysia

MELBOURNE, SELASA, 24 Januari, 2012: Lynas Corporation memperoleh dana mencukupi untuk menyiapkan pembinaan kilang memproses nadir buminya yang tertangguh di Kuantan, Malaysia.

Syarikat itu pada Selasa berkata, ia memeterai dokumen pengikat bagi terbitan bon boleh tukar tidak bercagar AS$225 juta.

Bon-bon itu dilanggan oleh dana yang diuruskan oleh syarikat pelaburan berpangkalan di AS, Mount Kellett Capital Management.

Lynas berkata, modal yang dikumpulkan itu mencukupi untuk memulakan fasa pertama kilangnya di Kuantan dan menyediakan modal kerja menerusi aliran tunai daripada jualan.

Pengerusi eksekutifnya, Nicholas Curtis berkata, bon-bon itu lebih menarik berbanding kemudahan modal kerja yang kini agak lapuk kerana ia bagi tempoh jangka panjang dan kurang menelan kos. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment