My Add

Wednesday 4 January 2012

Program Angkasawan Negara kedua diteruskan

KUALA LUMPUR, RABU, 04 Januari, 2012: Program Angkasawan Negara bagi menghantar angkasawan negara kedua hanya perlu diadakan sekiranya mempunyai objektif dan perancangan yang kukuh, kata Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA), Datuk Mazlan Othman.

Beliau yang meneraju Program Angkasawan Negara semasa menghantar angkasawan negara pertama pada tahun 2007, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berpendapat, ia tidak perlu diadakan jika sekadar bagi mengulangi eksperimen yang telah dijalankan sebelum ini.

"Pada saya tak perlu (menghantar angkasawan kedua) selagi kita masih menjalankan aktiviti sains (dalam negara) dan aktiviti itu kita boleh jalankan melalui banyak cara.

"Tapi, apabila satu masa kita sudah ada idea apa teknologi yang kita perlu bangunkan yang mana ia penting untuk seluruh dunia dan satu cara saja untuk kita menguji teknologi itu, iaitu membawanya ke angkasa, maka pada waktu itu pentinglah untuk kita buat satu lagi program angkasawan,” katanya selepas menyampaikan syarahan bertajuk The Unknown Universe di Planetarium Negara di sini hari ini.

Mazlan yang juga bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata, peluang misi angkasa antarabangsa akan terbuka lebih luas sekiranya Malaysia berjaya membina teknologi seumpama itu yang mampu memberi manfaat kepada seluruh dunia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment